Aku Mahu Kamu Tahu ~

Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya,
Tidak ku tahu mengapa aku rindu padanya,
Dan juga tidak ku tahu mengapa aku sentiasa kuat walaupun dia yang melukakan hatiku,
Menolakku bagai bola.

Tuhan, adakah aku satu permainan ?
Tidak, aku tahu aku punya nyawa,
Aku tahu aku punya perasaan,
Aku tahu aku punya hati,
Aku tahu aku punya harga diri,
Dan juga aku tahu apa itu erti kehidupan.

Hidup ini, tidak perlu mempermainkan,
Hidup ini, tidak perlu menyakitkan insan yang kamu sayangi,
Kerana aku,
Tetap berpegang pada janji itu,
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu,
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku,
Janji yang tetap aku berdegil mahu tunaikan di saat rakan-rakanku sedih melihat aku begitu,

Mengapa ??
Aku tidak tahu juga,
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu,
Aku sayang kamu,
Aku sayang kamu,
Aku amat menyayangimu,
Aku sangat sayang padamu,
Andai kata .... aku bukan untuk dirimu... aku tetap mahu menjagamu dengan baik.

Kerana aku sayang kamu,
Kerana kamu teman yang aku rindu,
Kerana hatiku tetap berdegil untuk menjagamu,
Kerana kamu amat istimewa di hatiku.

Benar .. aku tidak punya apa-apa..
Hanya seorang gadis biasa yang sentiasa tumpah air matanya,
Kerana lelaki itu,
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu,
Kerana dia sayang lelaki itu,
Kerana lelaki itu yang sering dia rindu,
Yang dia rindu sepenuh hatinya,
Yang datang dalam mimpi nya hanya lelaki itu,
YA ! hanya lelaki itu .

Tuhan, kurniakan lah kesabaran padaku,
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu,
Di saat susah senangnya,
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita,
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya,
Aku mahu terus menjaga dirinya,
Aku mahu terus dekat di hatinya,
Kerana aku sayang dia,
Kerana aku cinta dia,
Kerana aku sentiasa ingin dia bahagia,
Kerana aku tidak mahu senyuman hilang dari bibirnya,
Kerana aku... tetap sayang dia buat selamanya...

Walaupun kamu selalau menyakitkan hatiku,
Aku tetap mahu kamu,
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku,
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali kamu meninggalkan aku,
Gerak hatiku agar tidak melepaskan mu,
Malah menyuruh aku untuk tetap menjaga mu,
Apa betul keputusanku ini ?
Aku tak mahu tahu,
Apa yang aku tahu,
Biar lah aku tetap menjagamu,
Apa-apa yang terjadi selepas itu, hanya ALLAH yang tahu,
Benar, hanya ALLAH pelindungku,
Dia temukan aku dan kamu.

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku,
Kerana aku mahu menjaga kamu,
Kerana aku mahu peduli tentang kamu,
Kerana itu hatiku mahu,
Jangan tanya aku,
Kerana aku memang tidak tahu,
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu..

p/s : harap my mr everything baca entry kali ni... mr everything... saya syg awk.. hnya awk d hati saya.. i wanna say I LOVE U A LOT .... mmuuaahh ! want be part of your life !


Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri

No comments:

Post a Comment