SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA


SIAPA SAYA?
siapa saya..untuk dikenali
siapa saya..untuk diingati
siapa saya..untuk disayangi
siapa saya..untuk dikasihi
siapa saya..untuk dirindui
siapa saya..untuk dicintai
siapa saya..untuk sentiasa berada di kotak fikiran kalian
siapa saya..untuk sentiasa berada di sisi kalian

LAYAKKAH SAYA?
sedang saya hanya insan biasa yang banyak kelemahan
yang banyak melakukan kesilapan
yang sering terleka jika tidak diingatkan
yang masih goyah pendiriannya jika ditinggalkan

saya yang kerdil dan hina ini
masih merangkak-rangkak mencari redha Ilahi
dalam setiap langkah meniti hari-hari bersendiri
bersujud bertaubat memohon ampun dari Ilahi
di atas kesilapan yang masih menghantui diri

saya bukan anak yang solehah di mata ibu dan bapa saya
saya bukan adik yang baik buat abang dan kakak saya
saya bukan kakak yang mesra di sisi adik saya
saya juga bukanlah kawan, teman dah juga sahabat untuk kawan saya


siapa saya untuk menjadi teman yang bisa menegur mereka jika mereka melakukan kesilapan
menjadi teman yang boleh dirujuk jika mereka dihujani dengan pelbagai permasalahan
saya..saya adalah saya..saya yang..
tidak layak untuk memiliki kawan, teman dan inikan pula yang dinamakan sahabat
yang sentiasa berada di sisi saya
yang tidak putus-putus membantu,memberi nasihat juga menemani saya di kala saya benar-benar memerlukannya
mereka tidak pernah jemu untuk bertanyakan khabar
juga sedia menyumbang jasa meminjamkan telinga mereka untuk saya meluahkan kata
yang sekian lama tersimpan walau tidak diminta mereka sentiasa bersedia

namun sahabatku
seperti yang saya katakan
saya bukanlah yang terbaik untuk kalian
kerana saya masih tidak sehebat seperti yang kalian fikirkan
saya tidak mampu menjadi seperti
BULAN untuk menerangimu dikala engkau dalam kegelapan
tidak juga saya mampu untuk menjadi sang
PELANGI yang bisa menceriakanmu dikala engkau kemurungan
saya juga masih tidak mampu untuk menjadi seperti
SUNGAI yang tenang untuk menenangkanmu dikala engkau kekusutan

tetapi saat ini
saat saya menaip di komputer riba
air mata mengalir dengan tidak disengajakan
titisan pertama mengalir terus ke pipi
lalu dikesat dengan kemarahan
kerana apa?
kerana saya hanya tahu untuk menerima daripada memberi
maaf sahabatku
SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA
masih banyak yang perlu saya pelajari juga perbaiki
saya juga cuba sedaya upaya untuk menjadi sesuatu di mata kalian
apatah lagi untuk menjadi sesuatu di mata Allah yang utama
saya pencari cinta Ilahi

p/s > Hasil nukilan Nurshahidah hj.shawadi...


Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri

No comments:

Post a Comment