AWAS ! Game VS Buta ??

Hello! Helo! Helo..! hai apa khabar semua?? tak sangka ekk, pejam celik... pejam celik... kita dah pun nak melangkah ke bulan yang baru iaitu November..so macam mana dengan kenangan kat bulan Oktober?? Harapan idah..semua yang terjadi tu dapatlah di jadikan iktibar...

Owh ya,..bebaru ni Idah ada dapat story dari sepupu idah yang 'kaki game'...
sebenarnya sepupu idah ni boleh dikatakan setiap hari, berjam-jam masanya dihabiskan untuk bermain game online...tapi entah kenapa sejak dua tiga minggu kebelakangan ni, dia jarang dan kurangkan sikit hobi atau ketagihannya itu.. Idah pun pelik juga.. dan idah pun terus bertanyakan tentang perubahan yang berlaku pada sepupu idah tu..

Kata sepupu idah, bebaru ni dia ada dapat e-mel dari kawan dia yang sedang menuntut di Perth..menurut rakannya itu, jika individu main game lebih dari dua jam dalam sehari ( setiap hari ) maka potensi untuk terkena katarak adalah lebih tinggi.. prosesnya antara 15-20 tahun dan sekali gus boleh menyebabkan buta.. nak tahu sebab apa?? ketika individu bermain game mata akan dipaksa untuk terpaku melihat objek tertentu... dalam tempoh 2 jam sahaja mata akan menjadi letih.. Haa.. tu pasal lah sepupu idah tu jadi takut dan lebih berhati-hati dengan hobinya itu.. you all kalau nak buat apa-apa, jangan lah sampai terlalu obses.. jangan ingat main game ni hanya boleh menghilangkan stress!! kalau tak bijak mengimbanginya, hai... macam-macam penyakit boleh berlaku tau!! jadi, untuk meminimumkan masalah tentang kesihatan mata ini.. idah ada tipsnya tau!!

Bagi memember yang kerjanya memang tidak dapat dielakkan dari berdepan dengan monitor TV dan komputer, you all di sarankan untuk merehatkan mata dengan memandang permandangan yang jauh selama 1 hingga 2 minit selepas setengah jam berhadapan dengan Monitor TV @ komputer.. kemudian, gerakkan mata ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan.. exersice ini penting bagi memberikan ruang mata kita untuk berehat sehingga penglihatan rasa lebih segar...
Dengan cara ini juga otot dan saraf mata tidak menegang.. haa.. kalau you all sayangkan mata, jangan lupa amalkan tau..!!

So, idah harap, kaki-kaki game hari ni akan lebih berhati-hati ye.. jangan lah sampai terlalu leka sehingga membahayakan kesihatan sendiri!!

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri

No comments:

Post a Comment