Yang Ada Untuk Kita

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam - Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan

.Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

:Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.


Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri

No comments:

Post a Comment