
Saat pertama 'dia' mengetuk pintu hati ku saat itu lah aku memberikan kunci kepada dirinya untuk hati, jiwa dan perasaan ku..
Ketika itu jua lah aku merasa perubahan yang besar tel
ah berlaku dalam diriku..dulu..aku sorang yang x de perasaan langsung dekat orang lelaki ni..bagiku semua lelaki aku anggap sebagai kawan aje sehingga lah aku bertemu dengan dirinya...

Dahulu aku tak pernah kenal apa ertinya kasih sayang...apa ertinya rindu apabila kita berjauhan dengan orang yang kita sayangi...sampai suatu masa tu..kawan-kawan menggelarku 'Tunggul Kayu' kerana aku langsung x de perasaan kat lelaki..tapi nak buat macam mana kalau itulah diriku sebelum aku mengenali 'dirinya'...
Perubahan demi perubahan ku rasakan datang setelah 'dia' hadir dalam kehidupan aku..dia juga telah merubah aku dari segi agama dan keperibadian..dahulu aku sering tinggalkan solat..tapi sekarang terlewat sedikit sahaja ingin menunaikan kewajipan itu..aku dah menjadi takut..

Aku gembira dengan perubahan diriku sekarang ni..dan aku bersyukur sangat-sangat kerana dianugerahkan seorang insan yang sempurnakan diriku...serta mampu membimbing ku ke arah kebenaran...
Kepada insan tersayang dan teristimewa...
"Hadirmu sungguh bermakna buat diriku..kehadiranmu jua telah merubah kehidupan ku sekarang...semoga hubungan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat..."

No comments:
Post a Comment